Active TopicsActive Topics  Display List of Forum MembersMemberlist  CalendarCalendar  Search The ForumSearch  HelpHelp
  RegisterRegister  LoginLogin
Perbincangan ilmu2 yang berasaskan jin
 Forum Rawatan SihirSeksyen Ahli Serious berYURAN (Malay Only)Perbincangan ilmu2 yang berasaskan jin
Message Icon Topic: Ilmu Tenaga Dalam utk Repair AirCon Rosak Post Reply Post New Topic
Author Message
abg_ramz
Admin Group
Admin Group
Avatar
Perawat Darussalam

Joined: 20-Nov-2006
Location: Malaysia
Online Status: Offline
Posts: 6188
Quote abg_ramz Replybullet Topic: Ilmu Tenaga Dalam utk Repair AirCon Rosak
    Posted: 30-Apr-2007 at 10:03am
Ada ke orang2 yang setelah zikir2 tiba2 diberikan ilmu untuk repair aircon rosak ? Setakat ni ilmu bersilat je .......Smile
 
 
 
Bicara Agama < content=2007 name=sYear> < content=0429 name=sDate> < content=Utusan_Malaysia name=sPub> < content=Bicara_Agama name=sSec>

Diganggu waktu zikir

SOALAN:
Saya seorang insan yang taat mempelajari ilmu kebatinan bertujuan mencari keredaan Allah s.w.t. Dengan bayaran RM400 saya belajar amalan menggunakan zikrullah, yang telah diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam.

Kelebihan masuk kumpulan ini, secara automatik saya mempunyai ilmu persilatan biarpun tidak belajar silat sebelum itu, serta boleh mengubati orang sakit, contohnya kerana saka atau disihir orang.

Setelah membayar yuran, kami diuji ditetak dengan parang pada tubuh badan untuk mengetahui keberkesanannya. Zikir diamalkan selepas sembahyang dengan niat mendampingi Allah. Kami boleh mengubat dengan izin Allah, iaitu untuk menolong manusia dalam kesusahan. Apa pandangan ustaz tentang ilmu ini?

– Pak Malau.

JAWAPAN:
Saudara tidak menjelaskan apa yang di maksudkan dengan zikrullah. Adakah ia setakat berzikir, membaca subhanallah, walhamdulillah, wala ilaha illallah. Adakah ia disertai dengan al-fatihah, yang dihadiahkan kepada rasul-rasul, Nabi Muhammad s.a.w. menyeru nama-nama tertentu, termasuk wali Allah, Nabi Hidir, guru-guru, sidi-sidi dan sebagainya.

Saudara menjelaskan bahawa saudara seorang insan yang taat mempelajari ilmu kebatinan. Memang ramai orang yang mempelajari ilmu seperti ini yang taat, berniat ikhlas, mencari ilmu semata-mata kerana Allah, mengamalkannya betul-betul kerana Allah. Kerana itu, apabila sesuatu yang dianggap sebagai ‘kelebihan’ itu berlaku, maka orang yang seperti ini penuh berkeyakinan bahawa apa yang berlaku itu adalah hasil daripada ketaatan mempelajari, keikhlasan mengamalkan apa yang diajarkan oleh guru yang terlibat.

Biar dalam keadaan apa sekalipun, antara keikhlasan yang lahir daripada seorang yang tidak tahu selok-belok ilmu yang dipelajari, juga tidak memahami ilmu fikah, ilmu tauhid adalah dua perkara yang berlainan. Kerana itulah disebut dalam sebuah hadis bahawa seorang yang bijak dalam ilmu agama itu lebih ditakuti oleh syaitan daripada seribu orang abid, iaitu orang yang taat beribadah kepada Allah namun mereka tidak mempunyai ilmu.

Selain daripada memberi alasan atau keyakinan seperti yang dijelaskan di atas, ada golongan tertentu berkeyakinan bahawa dalam tubuh manusia itu ada apa yang disebut atau diistilahkan sebagai “aura” atau “kekuatan dalaman.”

Dengan mempelajari kaedah-kaedah tertentu, dengan latihan dan ijazah guru “aura” yang selama ini tersimpan dalam jasad boleh dikeluarkan” dari tubuh, untuk menghadapi musuh dan sebagainya.

Saudara berkeyakinan bahawa ilmu yang dipelajari, iaitu zikir yang diamalkan itu membolehkan seseorang itu bersilat atau terlibat dengan ilmu persilatan, biarpun tidak mempelarinya sebelum ini.

Memang ia merupakan sesuatu yang istimewa. Inilah punca lain menyebabkan saudara berkeyakinan terhadap ilmu zikir yang diamalkan. Setahu saya ilmu seperti ini memang boleh menyebabkan seseorang itu bersilat dan dalam masa yang sama boleh merawat sakit, lebih-lebih lagi sakit yang dilibatkan dengan jin-jin, seperti akibat saka dan sihir seperti yang dijelaskan.

Agak-agak boleh tak ilmu yang dipelajari dengan cara berzikir seperti yang saudara amalkan membolehkan seseorang itu membaiki aircond, membaiki elektrik yang rosak, membolehkan seseorang itu bijak ilmu masak-memasak, termasuk masak nasi beriani bungkus, pandai membuat roti, pandai menjahit, pandai bertukang dan lain-lain ilmu yang saya berkeyakinan lebih bermanfaat daripada bersilat dan mengubat orang kena sihir atau saka.

Perlu saya tekankan bahawa zikir yang saudara amalkan setelah diberi ijazah itu menyebabkan saudara boleh bersilat dan sebagainya seperti yang dijelaskan ialah kerana adanya jin atau jin-jin yang mungkin terdiri daripada iblis dan syaitan masuk atau meresap ke dalam tubuh saudara. Apabila ia masuk dan saudara berniat hendak bersilat, maka saudara pun boleh bersilat.

Iblis ini masuk dalam tubuh mengikut saluran darah saudara melalui jasad dan pancaindera tangan, kaki dan sebagainya iaitu saudara pun bersilat. Saudara rasa itu satu kelebihan. Terasa seronok syaitan masuk ke dalam tubuh, padahal tubuh saudara ketika bersilat tak ubah seperti sarung yang tidak mempunyai ikhtiar.

Genggaman tangan yang digenggam, kaki yang membuat kuda-kuda dan menyepak berlaku bukan atas kehendak saudara. Iblis itu menggunakan tubuh saudara semata-mata. Dan saudara berasa seronok, pada- hal ketika itu saudara sebenarnya dalam keadaan separuh tidak sedarkan diri atau tidak sedar langsung.

Saudara telah memanggil, mengizinkan diri diresapi atau dimasuki oleh jin atau jin-jin dengan berkeyakinan ia tidak bertentangan syariah Islam. Saudara berasa saudara seorang yang taat kepada Allah dan sedang bertakarub kepada Allah.

Saudara rasa yakin bahawa apa yang berlaku ialah hasil daripada zikir yang diamalkan. Dalam masa yang sama berkeyakinan bahawa yang meresap dalam diri itu tidak ada kaitan dengan iblis dan syaitan kerana iblis dan syaitan tidak boleh masuk dalam diri orang yang berzikir. Itu pun punca keyakinan saudara.

Tidak ada untungnya saya berkeras untuk meyakinkan bahawa apa yang saudara lakukan, juga mereka yang mengamalkan amalan ini terlalu berbahaya kepada iktikad, iaitu iman, juga diri sendiri.

Allah menyuruh agar setiap orang Islam itu menjauhkan diri daripada iblis syaitan, jauh sekali untuk memanggil, meredakan diri diresapi oleh makhluk ini.

Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata. Memang ada golongan manusia yang berlindung, memohon pertolongan kepada golongan jin-jin, maka jin-jin itu akan lebih menyesatkannya lagi.

Allah telah memberi peringatan bahawa iblis dan syaitan itu tidak meresap atau masuk dalam tubuh manusia, kecuali dalam diri mereka yang banyak dusta, lagi banyak melakukan dosa.

Saudara merasakan bahawa apa yang berlaku adalah satu kelebihan. Allah menjadikan manusia itu mulia, khalifah di muka bumi ini kerana akalnya juga roh insani yang dimiliki. Orang yang boleh bersilat hasil adanya jin masuk ke dalam tubuh sebenarnya tidak mempunyai ikhtiar atau kuasa berfikir, kerana ketika itu seluruh dirinya, termasuk pemikirannya atau sebahagian daripadanya dikuasai oleh jin-jin tadi.

Ketika itu akal manusia tidak berfungsi sepenuhnya. Fungsi akal dikuasai oleh jin, yang mungkin terdiri daripada iblis dan syaitan, iaitu golongan makhluk yang takbur, ingkar tidak mahu tunduk sujud memuliakan kejadian Allah, iaitu Adam.

Iblis telah dikutuk Allah, dihukumkan kafir dan akan dimasukkan ke dalam neraka. Iblis juga telah bersumpah akan menyesatkan manusia kesemuanya, kecuali mereka yang ikhlas. Iblis juga telah dihalau oleh Allah keluar daripada syurga akibat keangkuhannya. Kerana itulah ia, iaitu iblis juga kuncu-kuncunya terlalu berusaha untuk menyesatkan manusia, agar boleh dibawa sama ke neraka kelak.

Apabila iblis bersumpah sedemikian rupa, Allah menjelaskan bahawa iblis dan syaitan itu tidak berupaya untuk menyesatkan atau menguasai manusia, kecuali mereka yang mengikut langkah-langkah iblis dan syaitan yang terdiri daripada mereka yang sesat.

Salah satu jalan atau liku-liku iblis berjaya menyesatkan manusia ialah melalui amalan kebatinan, yang menggunakan zikir-zikir dan yang seumpamanya. Dalam keadaan seperti ini kita perlu berhati-hati agar tidak mengikut langkah-langkah iblis dan syaitan, tidak terdiri daripada mereka yang sesat.

Memang benar bahawa ayat-ayat al-Quran itu mempunyai kelebihan dan fadilat termasuk rahmat dan kesembuhan. Walaupun demikian tidak semestinya seseorang itu tidak diganggu oleh iblis dan syaitan apabila berzikir. Rasulullah sendiripun diganggu oleh iblis ketika sembahyang. Nabi Ayyub diganggu iblis, juga Nabi Adam dan Hawa, Qabil dan Nabil dan lain-lain lagi. Kesemuanya tidak terselamat kecuali sekiranya dilindungi Allah.

Perlu saya jelaskan bahawa apabila iblis dan syaitan itu pernah masuk meresap dalam diri seseorang, pada waktu yang lain, ketika jasad lemah, kurang amalan dan badan telah tua, ditakuti iblis dan syaitan yang pernah meresap dalam tubuh manusia akan masuk merasuk.

Ketika itu makhluk ini benar-benar merasuk sama ada pada otak, yang menyebabkan seseorang itu memperlihatkan ketidaknormalan otak, seperti telanjang, kencing di hadapan orang ramai, bercakap sendirian, melahirkan kata-kata lucah dan sebagainya tidak ubah seumpama orang gila.

Terdapat pelajar yang mempelajari ilmu seperti ini, diganggu oleh iblis dan syaitan yang pernah meresap dalam dirinya ketika ia stres, bermasalah yang melibatkan pelajar yang sedang menduduki peperiksaan.

Iblis dan syaitan itu sentiasa menanti-nanti, mengintai-ngintai waktu yang paling baik masuk menyusup dalam tubuh manusia untuk merosakkan iman atau pegangan akidahnya, juga merosakkan masa depannya.

Ketika itu mangsa berkenaan akan berkelakuan seumpama tidak siuman, sekejap ketawa, sekejap menangis, sekejap marah tanpa sebab tertentu, atau sebab yang tidak munasabah dan dalam masa yang sama tidak mahu pergi ke univrsiti, pakai kain gombang, kupiah duduk berzikir di surau atau masjid. Sakit seperti ini, masyarakat Melayu stilahkan sebagai “gila isim”. Iaitu gila yang dikatakan kerana banyak mempelajari ilmu agama.

Perlu disedarkan bahawa boleh dikatakan sesuatu yang mustahil seseorang itu menjadi gila, iaitu gila isim kerana terlalu banyak mempelajari ilmu agama. Yang lebih jelas, manusia banyak menjadi gila kerana tidak mempelajari ilmu agama. Malah orang yang menghafal seluruh ayat al-Quran sendiri pun tidak ada yang gila.

PEMBACA yang ada kemusykilan alamatkanlah soalan kepada:

Dr. Amran Kasimin

Lot 3673, Jalan Aman, Kg. Sungai Merab

Luar, 43000 Kajang, Selangor.

Saya hanyalah seorang tukang seru; berserulah kita kepada ALLAH, Tuhan yang menguasai Segala Apa yang di Langit dan di Bumi
IP IP Logged
abg_ramz
Admin Group
Admin Group
Avatar
Perawat Darussalam

Joined: 20-Nov-2006
Location: Malaysia
Online Status: Offline
Posts: 6188
Quote abg_ramz Replybullet Posted: 05-Jan-2009 at 12:16am
Assalamu'alaikom,
 
Untuk mendapatkan jin2 yang dapat gerakkan tangan jari kita untuk repair air-con rosak, perlulah jin2 tersebut menghadiri Sekolah Vokasional atau Sekolah Teknik dan mengambil jurus(an) AirCond. Bukan lama, 2 tahun sahaja belajar !
 
Setakat ini, ada saya dengar jin2 yang dilatih repair ketuk2 badan kereta yang kemek sikit-sikit.
 
Sekian wassalam
 
Saya hanyalah seorang tukang seru; berserulah kita kepada ALLAH, Tuhan yang menguasai Segala Apa yang di Langit dan di Bumi
IP IP Logged
Post Reply Post New Topic
Printable version Printable version

Forum Jump
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot create polls in this forum
You cannot vote in polls in this forum

Bulletin Board Software by Web Wiz Forums version 8.05
Copyright ©2001-2006 Web Wiz Guide

This page was generated in 0.047 seconds.