Active TopicsActive Topics  Display List of Forum MembersMemberlist  CalendarCalendar  Search The ForumSearch  HelpHelp
  RegisterRegister  LoginLogin
Amalan Am untuk Pelbagai Keadaan / Miscellaneous Amal
 Forum Rawatan SihirPublic (FREE Section)Amalan Am untuk Pelbagai Keadaan / Miscellaneous Amal
Message Icon Topic: Semburan air ruqya untuk cegah toyol Post Reply Post New Topic
Author Message
rawatansihir
Moderator Group
Moderator Group


Joined: 30-Sep-2009
Location: Sudan
Online Status: Offline
Posts: 347
Quote rawatansihir Replybullet Topic: Semburan air ruqya untuk cegah toyol
    Posted: 28-Jul-2021 at 1:40pm
Assalamu'alaikom Tuan2 Puan2,

Semoga tuan2 puan2 senantiasa berada dalam rahmat Allah Subhanahu Wa Ta 'Ala

Untuk mereka yg berniaga, samada di tepi jalan atau dari rumah, ingin saya berkongsikan cara buat air ruqya untuk cegah toyol, bi-iznillah

BACAAN-NYA:

3x Istighfar
3x Fatiha
3x Sura Kafirun
3x Sura Ikhlas
3x Sura Falaq
3x Sura AnNas
3x Salawat
33x Baqara ayat 163
33x ayatul Qursi
33x Yasin ayat 17
3x Salawat

Hembus ke botol yg berisi air yg bersih. Hembus 3x. Kemudian tutup botol dan baca ayatul Qursi 3x dan hembus penutup botol (untuk keselamatan air dalam botol)

Kemudian bawa botol air, dan spray air tu untuk sembur air ruqya kawasan kita meniaga.

Ada berapa keadaan:

(A) GERAI DI TEPI JALAN - TIDAK BERSAMBUNG DENGAN GERAI LAIN
Kalau di tepi jalan, sembur keliling gerai kita.

(B) GERAI YANG BERSAMBUNG DENGAN LAIN
Untuk gerai yang bersambung, sembur 1 garisan yg tidak putus, yang menghadap jalan. Dai ujung kanan ke kiri di tapak (samada simen atau jalanraya). Dan dibahagian belakang gerai, dari ujung kiri (guna kiri depan yang sama) ke kanan. Untuk dapat bentuk lawan jam

(C) GERAI/KEDAI YANG BERSAMBUNG DENGAN KEDAI/LAIN
Sekiranya kita sewa kedai yang bersambung dengan kedai2 lain, sembur 1 garisan yg tidak putus, depan kedai, samada di lantai kedai, atau di bahagian bangunan depan kedai. Bermula dari ujung kanan ke kiri. Dan dibahagian belakang kedai, dari ujung kiri (guna kiri depan yang sama) ke kanan. Untuk dapat bentuk lawan jam.

D) KEDAI SELURUH BANGUNAN
Kalau kedai itu 1 bangunan, sebaiknya spray keliling kedai pada aras bumi (tingkat Ground Floor), ikut arah lawan jam.

Pastikan garisan air tu tidak putus. Sekiranya terjumpa tempat yg tak boleh disembur air (seperti bahagian letrik), garis air itu boleh melencung untuk elak tempat letrik tersebut. Yang penting garisan air itu tidak terputus. Sekiranya ada lubang2 di dinding, cari tempat dinding yg tidak ada lubang

Perhatikan setelah kita sembur, bila ada yg datang tanya mana alamat rumah kita (sekiranya kita meniaga di luar rumah). Sebab itu satu tanda, (bukan bukti mahkamah) tukang tanya ialah seorang suspek.

Oleh itu, selain spray kawasan meniaga, spray juga kawasan rumah.

Semoga bermanfaat







Edited by rawatansihir - 28-Jul-2021 at 1:50pm
IP IP Logged
Post Reply Post New Topic
Printable version Printable version

Forum Jump
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot create polls in this forum
You cannot vote in polls in this forum

Bulletin Board Software by Web Wiz Forums version 8.05
Copyright ©2001-2006 Web Wiz Guide

This page was generated in 0.016 seconds.