Active TopicsActive Topics  Display List of Forum MembersMemberlist  CalendarCalendar  Search The ForumSearch  HelpHelp
  RegisterRegister  LoginLogin
Amalan Am untuk Pelbagai Keadaan / Miscellaneous Amal
 Forum Rawatan SihirPublic (FREE Section)Amalan Am untuk Pelbagai Keadaan / Miscellaneous Amal
Message Icon Topic: Cara membersih barang kemas yg berjin bersihir Post Reply Post New Topic
Author Message
abg_ramz
Admin Group
Admin Group
Avatar
Perawat Darussalam

Joined: 20-Nov-2006
Location: Malaysia
Online Status: Offline
Posts: 6188
Quote abg_ramz Replybullet Topic: Cara membersih barang kemas yg berjin bersihir
    Posted: 19-Feb-2014 at 11:32am
Assalamu'alaikom,

Sedih pulak baca kisah seorang pensyarah yang kena tipu oleh seorang "ustaz" yang nak cuci barang kemas yang dikatakan ber-jin atau ber-sihir.

Akhirnya "ustaz" dan tali-barut "ustaz" tu didakwa mahkamah kerana membunuh pensyarah dan bapa pensyarah.



SHAH ALAM - Pensyarah Bahasa Inggeris Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics (KTAC), Zara Eleena yang mati dibunuh bersama bapanya, Omar Peter Abdullah ada menyerahkan barangan kemas milik ibunya, Normaliah Mahmood kepada 'Ustaz Shah' untuk 'dibersihkan'.

Normaliah, 53, yang merupakan saksi keempat pendakwaan berkata, anak tunggalnya itu menyerahkan barangan kemasnya kepada tertuduh pertama, Mohamad Zul Shahril Suhaimi atau yang dipanggil Ustaz Shah ketika disoal di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Halim Aman pada sesi perbicaraan hari ketiga semalam.



Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0213&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm
Hakcipta terpelihara



Amalan membersih barang-barang kemas atau barang lain seperti keris pusaka, peti lama, etc, seperti berikut:

1) Baca ayat-ayat berikut dan hembus ke air dalam baldi. Baca Quran mestilah di tempat bersih, di luar tandas.


Sebaiknya tukang baca dari golongan manusia yang jaga solat 5 waktu, pernah bertahajud, tidak makan barang haram, juga bukan kaki penipu, bukan ber-mulut fitnah, bukan ber-tangan gatal mencuri/meraba benda bukan miliknya, dan bukan ber-mata skodeng. Kalau boleh, bukan mereka yang suka tengok program TV/ASTRO yang mendedahkan aurat, serta bersuka-suka lelaki bercampur wanita

Istiqfar 3x
Fatihah 1x, Qursi 1x, Al-Baqarah 285-286 1x, Salawat 1x
al-Baqarah 125 21x
Yasin 12 21x
Yasin 15 21x
Yasin 33 21x
al-Kafiroon 3x
Ikhlas 3x
Falaq 3x
anNas 3x
Salawat 1x

Selepas bacaan habis, terus hembus air dalam baldi 3 x


2) Untuk barang tidak mudah di-alih, sembur guna semprot/spray air (yang kita guna untuk sterika baju)

3) Untuk barang kecil, spray dahulu dengan air yg telah baca.

4) Selepas itu guna sarung tangan atau surat kabar dan tenggelamkan barang-barang yg disyaki ber-jin ber-sihir kedalam bekas air yg telah diruqya selama 1 malam.

Mudah sahaja kan ?

Membersihkan barang yang kena sihir atau di-ikuti hantu atau jin sebenarnya perkara enteng atau mudah. Tetapi mungkin ilmu begini tidak sampai kepada mereka yang terdesak


Sekian semoga bermanfaat, in sha Allah

wassalaam
Saya hanyalah seorang tukang seru; berserulah kita kepada ALLAH, Tuhan yang menguasai Segala Apa yang di Langit dan di Bumi
IP IP Logged
Post Reply Post New Topic
Printable version Printable version

Forum Jump
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot create polls in this forum
You cannot vote in polls in this forum

Bulletin Board Software by Web Wiz Forums version 8.05
Copyright ©2001-2006 Web Wiz Guide

This page was generated in 0.016 seconds.