Active TopicsActive Topics  Display List of Forum MembersMemberlist  CalendarCalendar  Search The ForumSearch  HelpHelp
  RegisterRegister  LoginLogin
Kisah Bomoh Tipu Orang
 Forum Rawatan SihirSeksyen Ahli Serious berYURAN (Malay Only)Kisah Bomoh Tipu Orang
Message Icon Topic: Hati-hati kalau suami simpan barang pelik Post Reply Post New Topic
Author Message
abg_ramz
Admin Group
Admin Group
Avatar
Perawat Darussalam

Joined: 20-Nov-2006
Location: Malaysia
Online Status: Offline
Posts: 6188
Quote abg_ramz Replybullet Topic: Hati-hati kalau suami simpan barang pelik
    Posted: 02-May-2011 at 12:19pm
Assalamu'alaikom,
 
Hati-hatilah kalau didapati suami suka menyimpan barang pelik seperti:
- batu nisan orang mati sebab kemalangan
- buluh perindu
- patung puja (kayu etc)
- minyak senyonyong atau minyak dagu
 
Ini kerana ada mungkin tukang simpan juga menyimpan niat jahat untuk mendapatkan "mangsa wanita" dengan cara tidak elok.
 
Ikutilah laporan satu kisah di mana seorang isteri mendapati dia adalah isteri ke-5, dan mendakwa suami-nya mempunyai 15 isteri; seorang isteri untuk setiap negeri di negara ini !!
 
 
KUALA LUMPUR: “Jika ada bukti, lelaki itu patut dibawa ke muka pengadilan kerana kesalahan berkahwin lebih daripada empat isteri,” kata Ketua Wanita Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Wilayah Persekutuan dan Putrajaya, Dr Niekmah Adam.

Beliau mengulas mengenai seorang lelaki dipercayai mempunyai isteri di setiap negeri berjumlah 15 orang, sama ada dinikahi secara sah atau sebaliknya yang disiarkan Metro Ahad, semalam.

Tembelang lelaki itu terbongkar apabila isteri kelimanya yang berusia 34 tahun menyiasat status suaminya kerana sering didera fizikal dan mental hingga keguguran ketika kandungan berusia dua bulan. Lelaki berkenaan didakwa turut memiliki barang pelik seperti batu nisan mangsa maut kemalangan, buluh perindu, patung kayu serta bahan pelik lain dipercayai menjadi senjata untuk memikat wanita. Niekmah berkata, lelaki itu bukan saja menganiayai wanita, menipu, tidak menunaikan kewajipan kepada keluarga, memukul dan menghina, bergaul dengan mereka secara patut malah melakukan dosa besar menggunakan ilmu sihir dan mencuri.

 
Sekiranya ada barang-barang tersebut, bawa ke pejabat agama untuk disiasat sebelum dibakar.
 
Sekian wassalaam
 
 
Saya hanyalah seorang tukang seru; berserulah kita kepada ALLAH, Tuhan yang menguasai Segala Apa yang di Langit dan di Bumi
IP IP Logged
abg_ramz
Admin Group
Admin Group
Avatar
Perawat Darussalam

Joined: 20-Nov-2006
Location: Malaysia
Online Status: Offline
Posts: 6188
Quote abg_ramz Replybullet Posted: 02-May-2011 at 7:44pm
Assalamu'alaikom,
 
Sambungan. Mengikut laporan berita THESTAR, isteri ke-5 melaporkan pernah mengikut suami berjumpa bomoh-bomoh untuk mengenakan sihir  ke atas isteri ke-4:
 
 
“I used to frequently follow him to see four different bomoh to curse his fourth wife. That was another reason I decided to leave him,” added her
 
Hati-hatilah apabila pasangan kita kuat berbomoh. Ini kerana orang yang kuat berbomoh, besar kemungkinan akan guna bomoh/sihir untuk kenakan kita bila dia terdesak
 
Semoga bermanfaat
 
wassalam
 
Saya hanyalah seorang tukang seru; berserulah kita kepada ALLAH, Tuhan yang menguasai Segala Apa yang di Langit dan di Bumi
IP IP Logged
Post Reply Post New Topic
Printable version Printable version

Forum Jump
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot create polls in this forum
You cannot vote in polls in this forum

Bulletin Board Software by Web Wiz Forums version 8.05
Copyright ©2001-2006 Web Wiz Guide

This page was generated in 0.016 seconds.