Active TopicsActive Topics  Display List of Forum MembersMemberlist  CalendarCalendar  Search The ForumSearch  HelpHelp
  RegisterRegister  LoginLogin
Panduan Doa Makbul
 Forum Rawatan SihirSeksyen Ahli Serious berYURAN (Malay Only)Panduan Doa Makbul
Message Icon Topic: Elakkan Kopi + BA ALIF BA YA Post Reply Post New Topic
Author Message
abg_ramz
Admin Group
Admin Group
Avatar
Perawat Darussalam

Joined: 20-Nov-2006
Location: Malaysia
Online Status: Offline
Posts: 6188
Quote abg_ramz Replybullet Topic: Elakkan Kopi + BA ALIF BA YA
    Posted: 27-Mar-2011 at 7:42am
Originally posted by abg_ramz

 
Dalam satu riwayat disampaikan Ibn Mardawaihi daripada Ibn Abbas bahawa seorang sahabat Rasulullah, Saad Ibn Abu Waqqas memohon Baginda memohon kepada Allah supaya apa saja doa disampaikannya kepada Tuhan, supaya dikabulkan.

Rasulullah bersabda yang maksudnya: “Wahai Saad! Perbaikilah makanan engkau, nescaya engkau akan dijadikan Allah seorang yang makbul doanya. Demi Tuhan, yang jiwa Muhammad ada dalam tangannya, sesungguhnya seorang lelaki yang melemparkan suatu suapan yang haram ke dalam perutnya, tidaklah akan diterima amalnya selama empat puluh hari. Barang siapa di antara hamba Allah yang tumbuh dagingnya dari harta yang haram dan riba, maka api lebih baik baginya.”

Assalamu'alaikom,
 
Kita telah dikejutkan dengan satu kisah kopi + gelatin BA ALIF BA YA dari negeri Johor. Dikatakan kopi tersebut telah diminum orang-orang beragama Islam selama puluhan tahun.
 
Ini sedikit cabutan dari laporan H. Metro:
 
Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Datuk Zainal Abidin Osman (gambar) yang dihubungi Harian Metro turut mengesahkan memang ada gelatin babi dalam serbuk kopi disediakan di kedai berkenaan.

“Sampel serbuk kopi dari premis itu diambil untuk dianalisis Jabatan Kimia Johor dan hasilnya, ia positif gelatin babi.

“Semua itu dilakukan selepas kami mendapat banyak aduan daripada orang ramai. Pemeriksaan dijalankan baru-baru ini oleh JAJ serta Jabatan Kesihatan Negeri Johor,” katanya ketika dihubungi, semalam.
 
Maka bagaimanakah ibadat seseorang Islam yang dalam perutnya ada BA ALIF BA YA ? Bagaimanakah puasanya, solat-nya, haji-nya dan umrah-nya ?
 
Oleh itu, kita perlu menjaga kebersihan makanan supaya doa kita sebagai orang Islam tetap maqbul. Tanpa doa yang maqbul, maka mudah orang Islam akan dianiaya oleh musuh-musuh Islam.
 
Selain itu, untuk mengelakkan apa-apa was-was dan sebarang tipu daya muslihat musuh-musuh Islam, samada cara BA ALIF BA YA atau cara halus yang lain, kita seharusnya gunakan kopi yang dikeluarkan oleh pengusaha kopi yang beragama Islam, serta mempunyai sijil HALAL. 
 
Sekian semoga bermanfaat untuk mereka yang ingin hidup mati sebagai orang Islam
 
wassalaam
 
Saya hanyalah seorang tukang seru; berserulah kita kepada ALLAH, Tuhan yang menguasai Segala Apa yang di Langit dan di Bumi
IP IP Logged
Post Reply Post New Topic
Printable version Printable version

Forum Jump
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot create polls in this forum
You cannot vote in polls in this forum

Bulletin Board Software by Web Wiz Forums version 8.05
Copyright ©2001-2006 Web Wiz Guide

This page was generated in 0.016 seconds.