Active TopicsActive Topics  Display List of Forum MembersMemberlist  CalendarCalendar  Search The ForumSearch  HelpHelp
  RegisterRegister  LoginLogin
Panduan Doa Makbul
 Forum Rawatan SihirSeksyen Ahli Serious berYURAN (Malay Only)Panduan Doa Makbul
Message Icon Topic: Menolak Quran akan merosakkan semua amalan kita Post Reply Post New Topic
Author Message
abg_ramz
Admin Group
Admin Group
Avatar
Perawat Darussalam

Joined: 20-Nov-2006
Location: Malaysia
Online Status: Offline
Posts: 6188
Quote abg_ramz Replybullet Topic: Menolak Quran akan merosakkan semua amalan kita
    Posted: 31-Jul-2010 at 9:42am
Assalamu'alaikom,
 
alhamduLILLAH, semasa kuliah subuh, seorang Ustaz menerangkan kenapa seseorang itu berdoa di depan Kaabah tetapi doa-nya masih tidak diterima ALLAH. Walhal dikatakan orang itu pergi Haji 7x kali !!
 
Mengikut Ustaz Sharir, sekiranya kita:
 
memperlekehkan ayat-ayat Quran (menolak, atau mengatakan ia tidak sesuai untuk zaman ini, etc etc),
 
maka firman ALLAH dalam Sura (7) al-Araaf ayat 40:
 
 
 
 
[40] Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan menyombongkan diri terhadapnya, sekali-kali tidak akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan tidak (pula) mereka masuk surga, h ingga unta masuk ke lubang jarum. Demikianlah Kami memberi pembalasan kepada orang-orang yang berbuat kejahatan.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Ini bermakna, dalam fahaman mudahnya:
 
1) semua doanya tidak akan diterima, nauzubillah, walaupun dia solat tahajud depan Kaabah !! Maka orang tersebut akan bergantung kepada segala usaha kudratnya sebagaimana orang-orang kafir.
 
2) rohnya akan kekal dibumi, walaupun sudah mati.  Kebiasaannya, untuk orang Islam yang berwudhu sebelum tidur, ruh mereka akan dapat naik ke langit untuk sujud kepada ALLAH
 
3) tidak masuk syurga sama sekali !!
 
 
Oleh itu, saya berpesan kepada diri saya dan orang Islam, untuk menghormati semua perintah ALLAH yang tersurat dalam al-Quran, sebagaimana diterangkan oleh Nabi SAW dalam sunnah/hadisnya.
 
Sekian wassalam
 
Saya hanyalah seorang tukang seru; berserulah kita kepada ALLAH, Tuhan yang menguasai Segala Apa yang di Langit dan di Bumi
IP IP Logged
abg_ramz
Admin Group
Admin Group
Avatar
Perawat Darussalam

Joined: 20-Nov-2006
Location: Malaysia
Online Status: Offline
Posts: 6188
Quote abg_ramz Replybullet Posted: 28-Jul-2013 at 6:48pm
Assalamu'alaikom,

Satu lagi contoh makhluk yang menolak perintah Allah dengan alasan tidak sesuai dengan ilmu-nya ialah Syaithan laknatullah.


Allah berfirman: “Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?”

Iblis menjawab: “Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah.”
[al-A’raaf 7:12]


Ini kerana Syaithan berfikir disebabkan dia di cipta dari api dan Nabi Adam (alaihisalam) dari tanah, maka perintah sujud tidak sesuai untuk dia !!


Kisah Syaithan (L) menolak perintah sujud kepada makhluk baru dicipta yaitu Nabi Adam (alaihisalam) di ulang banyak kali dalam al-Quran. Sebab diulang-ulang ialah supaya kita ambil iktibar.

Kesudahannya, apabila kedua-dua makhluk melakukan kesalahan:

Syaithan di laknat kerana menolak hukum Allah dengan sombong

Nabi Adam (alaihisalam) kena diturunkan ke bumi kerana memakan buah dari pokok yang dilarang mendekati. Tetapi masih ada peluang kerana mahu meminta ampun.

Dan zaman sekarang, sudah jelas ada manusia-manusia yang tidak mahu menurut perintah Allah yang termaktub dalam al-Quran kerana merasakan mereka lebih tinggi ilmu nya daripada Allah (SWT)

Sekian wassalaam
Saya hanyalah seorang tukang seru; berserulah kita kepada ALLAH, Tuhan yang menguasai Segala Apa yang di Langit dan di Bumi
IP IP Logged
Post Reply Post New Topic
Printable version Printable version

Forum Jump
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot create polls in this forum
You cannot vote in polls in this forum

Bulletin Board Software by Web Wiz Forums version 8.05
Copyright ©2001-2006 Web Wiz Guide

This page was generated in 0.047 seconds.