Active TopicsActive Topics  Display List of Forum MembersMemberlist  CalendarCalendar  Search The ForumSearch  HelpHelp
  RegisterRegister  LoginLogin
Kisah Bomoh Tipu Orang
 Forum Rawatan SihirSeksyen Ahli Serious berYURAN (Malay Only)Kisah Bomoh Tipu Orang
Message Icon Topic: Mengenal "Sultanul Auliya" yang palsu Post Reply Post New Topic
Author Message
abg_ramz
Admin Group
Admin Group
Avatar
Perawat Darussalam

Joined: 20-Nov-2006
Location: Malaysia
Online Status: Offline
Posts: 6188
Quote abg_ramz Replybullet Topic: Mengenal "Sultanul Auliya" yang palsu
    Posted: 19-Jun-2010 at 1:21pm
Assalamu'alaikom,
 
Kadang-kadang sedih saya baca kisah-kisah orang-orang Islam yang tercari guru mursyid, tetapi begitu mudah ditipu oleh warga-asing yang mengaku "Sultanul Auliya" !! 
 
Walhal kalau dulu rakyat tempatan yang mengaku "Rasul Melayu", dengan mudah dan pantas dapat mereka bertanyakan mana bukti, karamah apa yang dibawa "Rasul Melayu" sehingga "Rasul" tersebut surrender dan  "letak jawatan"  !
 
Tetapi bila datang warga-asing, semua percakapan dipercaya bulat-bulat. Agaknya terpegun tengok pakaian dia seperti dalam filem animasi Sinbad Walt Disney tu.....
 
Kalau dirujuk riwayat Sultanul Auliya seperti Sheikh Abdul Qadir Jilani, tak payah cerita tokgurunya, kita perhatikan sahaja pencapaian anak muridnya sendiri, juga se-ekor anjing kurap yang sering duduk di depan masjid. Ada di antaranya diceritakan melakukan sesuatu yang dianggap karamah.  
 
 
Sheikh Abdul Kadir Jailani menghantar seorang muridnya untuk bertemu Sheikh Abdul Rahman Kharki.

Sesampainya dihadapan Sheikh Abdul Rahman, beliau ditegur, "Siapakah gerangan kamu? Aku lihat engkau dengan dua ratus inayah di kiri dan kanan kamu dan seribu inayah di hadapan dan belakang kamu?

Jawab murid itu," Aku dihantar oleh guruku, Sheikh Abdul Kadir Jailani untuk bertemu tuan."

Berkata Sheikh Abdul Rahman, " Aku pernah mendengar nama itu, tetapi siapakah Sheikh Abdul Kadir Jailani? Kerana aku telah menghadap kehadrat Ilahi selama 40 tahun dan tidak sekali aku bertembung dengannya?"

Jawab murid itu, "Aku disuruh menjawab: Engkau mengadap Ilahi melalui pintu yang tersendiri sementara dia mengadap Ilahi melalui pintu utama."

Berkata Sheikh Abdul Rahman,"Apa buktinya?"

Jawab murid itu, "Aku disuruh menjawab: Engkau digelar Kharki kerana tengkok engkau melebihi yang lain, akan tetapi dialah yang memakaikan engkau pakaian wilayat berwarna hijau yang bersulamkan Al-Ikhlas, dihadapan 12,000 para wali."

Berkata Sheikh Abdul Rahman," Benarlah apa yang kamu perkatakan itu, sesungguhnya sekelian para wali mengadah tengkok mereka bagi beliau memijak."

Penerangan: Murid itu dihantar dengan berbekalkan jawapan sebelum tahu soalannya. Murid itu diiringi oleh 2400 pengiring yang tidak nampak dek mata kasar. Iringan itu adalah untuk menunjukkan kelebihan orang yang menghantar itu berbanding dengan wakil yang datang. Seharusnya orang yang dikunjungi yang sepatutnya mengunjung orang yang menghantar. Sheikh Abdul Rahman bergelar Kharki kerana berupaya menelah ilmu ketuhanan melebihi yang lainnya. Beliau adalah Qutubul Rabbani yang dianugerahkan sebagai khadam Suratul Al-Ikhlas.

Tiap-tiap makam wilayah akan melalui 'ujian' yang mana pada suatu makam itu cuma Sheikh Abdul Kadir Jailani saja setakat ini berjaya melepasi ujian tersebut. Semua para wali yang melalui makam berkenaan tidak ada seorangpun sehingga kini yang berjaya melepasinya. Wallahu a'lam.
 
 
ANAK MURID KEPADA SULTANUL AWLIYAH MAMPU BERCERAMAH DENGAN PENUH HIKMAH 
 
Tetapi pada zaman sekarang, anak murid kepada manusia yang mengaku "Sultanul Auliya" cuma pandai buat website, dan video untuk mengagungkan tokguru-nya.  
 
Sepatutnya anak muridnya yang dianugerahkan darjat kebesaran boleh memberi ceramah yang berisi kata-kata hikmah yang berpandukan Quran dan hadith yang memberi panduan kepada orang Islam, samada orang biasa, mahupun alim-ulama, termasuk mufti-mufti negeri. 
 
Barulah sesuai dikatakan murid rasmi kepada "Sultanul Auliya" yang mampu mengisi hidayah di dada secara instant (dengan izin ALLAH).
 
Kalau setakat buat blog, itu blogger nama-nya. Kalau setakat terbit video, itu penerbit video nama-nya. Kalau setakat pakai baju warna-warni cantik-cantik, itu namanya . . . .
 
 
SULTANUL AWLIYAH MENIMBUN KARAMAH-NYA
 
Kalau Awliyah biasa sekali pun, sepatutnya sudah berkaramah. Kalau tak berkeramah, maka tak sesuailah dipanggil "Wali." 
 
Seingat saya, ada kisah wali di Kelantan, zaman dulu, yang menumpang motorsikal seseorang. Bila habis minyak, disuruhnya tuan-punya motor isikan dengan air biasa.
 
Tetapi tuan-punya motor pun naik heran kenapa motor dia boleh digunakan hari-hari tak payah isi petrol. Satu hari oleh kerana heran sangat, dia teragak untuk buka penutup tangki minyak untuk mengetahui keadaan sebenar. Setelah dia buka, dia terkejut tangki sebenar sudah kosong. Jadi selama ini, dia membawa motorsikal tanpa apa-apa minyak.
 
Tetapi selepas peristiwa itu, motorsikal-nya menjadi biasa semula, yakni kena di-isikan petrol seperti biasa. Bila fikir balik, orang yang tahap "wali" sebenarnya tak akan mengaku "wali" semasa hidupnya....
 
Lantas kalau sudah berani mengaku Sultanul Awliyah, bermaksud menjadi "Sultan" atau "Ketua" kepada beribu-ribu Awliyah, jadi tentulah lebih banyak karamahnya.
 
 
MENGHIDUPKAN MAKHLUK YANG MATI YANG BOLEH BERSHAHADAH
 
Salah satu karamah yang diriwayatkan mengenai Sheikh Abdul Qadir Jilani ialah menghidupkan seekor ayam dari tulang - belulangnya, dan ayam tersebut dapat menyebut Shahadah berulang-ulang:
 
 
A woman of Baghdad who was very impressed by the fame of Huzoor Ghaus-e-Azam (Radiallahu Ta’ala Anh) decided to leave her son in his care and said,
 
“Take this child as your own, I renounce all right to him. Raise him to become like you.”
 
The Shaikh accepted the child and started to teach him piety, spirituality etc. After some time the mother came to see her son and found him thin and pale and eating a crust of bread. She was angry and asked to see the Shaikh.
 
When she came upon him she found him well dressed, seated in a pleasant room and eating a chicken.
 
She exclaimed,
“While you eat your chicken my poor son, whom I left in your care, has nothing but a piece of dry bread!”
 
The Shaikh placed his hand over the bones of the chicken and said, “In the name of Allah Who revives bones from dust, rise!” The chicken immediately became alive and it ran about the table saying,

“There is no God but Allah and Muhammad (Sallallahu Alaihi Wasallam) is His Messenger

 
 
Jadi apa lagi yang ditunggu ?
 
Kalau setakat keluarkan arnab, atau ayam hidup daripada dalam topi ajaib, itu bukan awliyah. Itu David Copperfield namanya....
 
Semoga orang-orang Islam diberi hidayah sehingga dapat membezakan denga mudah yang mana dusta/batil daripada yang benar.
 
Semoga keterangan ini bermanfaat
 
Sekian wassalam
 


Edited by abg_ramz - 20-Jun-2010 at 2:57pm
Saya hanyalah seorang tukang seru; berserulah kita kepada ALLAH, Tuhan yang menguasai Segala Apa yang di Langit dan di Bumi
IP IP Logged
Post Reply Post New Topic
Printable version Printable version

Forum Jump
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot create polls in this forum
You cannot vote in polls in this forum

Bulletin Board Software by Web Wiz Forums version 8.05
Copyright ©2001-2006 Web Wiz Guide

This page was generated in 0.017 seconds.