Active TopicsActive Topics  Display List of Forum MembersMemberlist  CalendarCalendar  Search The ForumSearch  HelpHelp
  RegisterRegister  LoginLogin
Amalan Am untuk Pelbagai Keadaan / Miscellaneous Amal
 Forum Rawatan SihirPublic (FREE Section)Amalan Am untuk Pelbagai Keadaan / Miscellaneous Amal
Message Icon Topic: Peringatan bertahajud untuk perantau Post Reply Post New Topic
Author Message
abg_ramz
Admin Group
Admin Group
Avatar
Perawat Darussalam

Joined: 20-Nov-2006
Location: Malaysia
Online Status: Offline
Posts: 6190
Quote abg_ramz Replybullet Topic: Peringatan bertahajud untuk perantau
    Posted: 31-Jan-2009 at 9:33am
Assalamu'alaikom,
 
Tersentuh hati saya bila terbaca pagi-pagi ni satu posting mengenai "zuhud" tatkala buat research mengenai tahajud
 
Dari:
 
Kalau kita buka kitab "Nasihat Sepanjang Hayat" yang dikarang oleh al-Hafiz Imam Ibnu Hajar Asqalani rahimallahu ta`ala, yakni kitab yang memuatkan ucapan-ucapan para sahabat; dimana di dalam kitab inilah bagaimana al-Hafiz Imam Ibnu Hajar Asqalani telah memuatkan sebuah ucapan Saiyyidina Ali karramallahu wajhah berhubung dengan makna "zuhud".
 
Dimana telah berkata Saiyyidina Ali karramallahu wajhah, "Zuhud itu terdiri daripada 3 huruf.
 
Yang pertama ialah harfun Zai,
yang kedua ialah Ha` dan
yang ketiga ialah Dal."...
 
Maka Saiyyidina Ali karramallahu wajhah pun menafsirkannya mengikut pandangan beliau yang benar di sisi ALLAH SWT. Katanya,
 
"Yang dimaksud dengan harfun Zai itu ialah Zadullil ma`ad yakni bekalan untuk negeri akhirat."...
 
Inilah dia makna pertama apabila kita sebut ciri-ciri orang yang zuhud, iaitulah sentiasa mencari bekalan untuk dia sampai ke negeri akhirat.  

Muslimin/muslimat sekelian;

selagi kita diberi kesempatan oleh ALLAH untuk menyedut udara ini dan selagi ALLAH beri kesihatan kepada tubuh badan kita, maka janganlah kita melepaskan peluang untuk merebut segala ruang dan peluang yang dibuka oleh ALLAH SWT untuk kita mencari bekalan sepanjang hidup di dunia ini. Sebab itu, kita mesti tahu bagaimana prinsip hidup di atas dunia ini bagi menyelamatkan kita di akhirat kelak.
 
Iaitulah sepertimana berlakunya satu kisah dimana suatu hari Rasulullah s.a.w. bertemu dengan Ibn Umar r.a., lalu menepuk bahunya.   
( Ibn Umar ni ada suatu kisah yang menarik tentang dirinya. Dikalangan para sabahat, memang telah menjadi kebiasaan mereka untuk tidur di Masjidil Nabawi, termasuklah Ibn Umar r.a.. Di tengah malam, mereka akan bangun bertahajjud bersama-sama dengan Nabi s.a.w. kecuali Ibn Umar sahaja yang selalu tak bangun, dia kira tidoq saja. Beliau hanya sedar bila Bilal ibnu Rabah melaungkan azan Subuh. Tiap-tiap malam dia buat lagu tu.
 
Sehinggalah kata Ibn Umar,
 
"Pada suatu hari, seperti biasa ketika aku tidur lena di Masjidil Nabawi, tiba-tiba aku telah didatangkan mimpi. Dimana dalam mimpi itu, aku dibawa oleh 2 lelaki menuju ke suatu tempat yang aku lihat didalamnya ada api yang menjulang-julang, aku juga melihat ada ular-ular sebesar leher unta, dan kemudian aku juga melihat ada kalajengking sebesar keldai. Aku pun menjadi takut. Lalu kedua-dua lelaki itu pegang tangan aku dan ugut untuk lemparkan aku ke dalam tempat itu. Tiba-tiba aku tersedar."...
 
Pada keesokan harinya, Ibn Umar pun menceritakan mimpinya itu kepada Nabi s.a.w., lalu Rasulullah pun tersenyum sambil berkata,
 
"Wahai Ibn Umar, ada pun 2 orang lelaki yang membawa engkau itu adalah Jibril dan Mikail. Tahukah engkau sebab apa engkau mimpi lagu tu?...
 
Wahai Ibn Umar, ini adalah kerana ALLAH marah kepada engkau sebab engkau tak bangun tahajjud."...
 
Tuan-tuan, inilah dia makam sahabat. Dia tak buat yang sunat saja, ALLAH dah tegur dengan mimpi. Kita "ALLAHumah dini" 10.15 am (Subuh gajah kata orang Kedah), takdak apa pun mimpi nak tegur kita. Tapi sahabat Rasulullah (Abdullah bin Umar), dia tak bangun tahajjud saja, ALLAH bagi dia mimpi tengok neraka. Lalu menyebabkan dia ketakutan dan katanya,
 
"Bermula daripada malam itu, aku tak tinggal dah tahajjud."...
 
SubhanALLAH...Inilah iman para sahabat yang terlalu tinggi. )  
Sambil Rasulullah s.a.w. berkata kepada Ibn Umar, "Jadikanlah kehidupan di dunia ini seperti engkau sedang merantau di negeri orang, atau engkau sedang berjalan di suatu perjalanan musafir yang jauh."...
 
Hadith ini dibahaskan oleh Imam Nawawi rahimmallahu ta`ala tentang apakah maksud Rasulullah mengatakan bahwa hidup di dunia ini seperti orang yang merantau jauh itu. Dimana kata Imam Nawawi,
 
"Itulah dia yang perlu kamu faham. Yakni bilamana kita merantau ke negeri orang, maka pasti akan ada dalam diri kita satu perasaan rindu untuk pulang ke tanah air."...
 
Pergilah merantau ke mana negeri pun; baik 5 tahun, 10 tahun maupun 20 tahun; satu ketika pasti perasaan rindu itu akan mengetuk-ngetuk pintu hati kita untuk kembali ke tanahair...
 
Kata Imam Nawawi lagi, "Bila Nabi sebut qhoribun, maka kamu mesti tahu bahwa maksud Nabi itu ialah kita hendaklah rindu untuk balik ke kampung asal, iaitulah alam roh. Lalu kita kena ingat bahwa kita kena ada perasaan untuk balik bertemu ALLAH, sebab kita adalah qhoribun yakni orang yang merantau."...
 
Tambah Imam Nawawi lagi, "Bila kamu nak balik kampung, takkan dengan tangan kosong saja. Takde ke ole-ole untuk berhadapan dengan kampung asal kamu?"...
 
Maka kata Imam Nawawi, "Ole-ole itu ialah merupakan ketaqwaan,keimanan, keikhlasan daripada sedeqah dan amal jariah kamu. Inilah ole-ole yang kamu nak bawa ketika mengadap ALLAH di kampung asal kamu yakni di alam roh nanti."...
 
Inilah penafsiran Imam Nawawi, apabila Nabi kata, "Kamu hidup di dunia hendaklah seperti orang yang sedang merantau jauh di negeri orang.". 
 
---------------------------
 
Perjalanan kita baru ke stage 3 selepas:
 
1) bentuk roh di alam azali
2) bentuk janin di alam rahim ibu
3) bentuk manusia (sekarang ni dok baca Internet)
 
Ada lagi berapa stage
 
4) alam kubur (barzakh)
5) hari pembangkitan
6) padang mashar
7) penghisaban
8) titian
9) ??? ???
 
Maka bersedialah kita membayar segala hutang-hutang (duit pinjam orang, puasa, solat etc) dan menunaikan tanggungjawab kita (sebagai ayah, emak, anak, suami, isteri, jiran, ahli qariah etc etc) selagi nyawa dalam badan. insyALLAH
 
Semoga ALLAH memberi kita segala kebaikan di dunia dan di akhirat, ameen.
 
Wassalam
 
Saya hanyalah seorang tukang seru; berserulah kita kepada ALLAH, Tuhan yang menguasai Segala Apa yang di Langit dan di Bumi
IP IP Logged
Post Reply Post New Topic
Printable version Printable version

Forum Jump
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot create polls in this forum
You cannot vote in polls in this forum

Bulletin Board Software by Web Wiz Forums version 8.05
Copyright ©2001-2006 Web Wiz Guide

This page was generated in 0.016 seconds.