Assalamu'alaikom,
AlhamduLILLAH berjalan lancar juga pilihanraya untuk Malaysia semalam. Untuk pilihanraya akan datang, kita akan cuba syorkan ahli qariah masjid2 berdekatan sembur air Yasin di
- tempat2 masuk pagar saluran2 mengundi, dan
- tempat2 kaki lima yang dijadikan tempat semakan undi.
Bukan apa, semoga dengan barakah air bacaan tahlil Yasin, semakin mudah urusan rakyat Malaysia memilih pemimpin2 yang terbaik, insyALLAH.
Memilih pemimpin/ketua adalah wajib kerana ini sebahagian keperluan berkumpulan / bermasyarakat.
Petikan dari: http://berita.perak.gov.my/March/kolumnis%204.htm
Berikut disiarkan kupasan Mufti Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Seri Haji Harussani Haji Zakaria mengenai persoalan tersebut ketika ditemui oleh wartawan Berita Perak di pejabatnya, baru-baru ini.
Dalam masyarakat, kita mesti ada ketua kerana kepimpinan adalah wajib dalam Islam. Kalau kita berjalan bertiga orang, kita wajib lantik seorang sebagai ketua. Jadi kepimpinan dalam masyarakat itu dipandang sebagai ketua dalam agama.
Sekian wassalam