![]() |
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
![]() ![]() |
Panduan Doa Makbul | |
![]() |
![]() |
![]() ![]() |
Author | Message |
abg_ramz
Admin Group ![]() ![]() Perawat Darussalam Joined: 20-Nov-2006 Location: Malaysia Online Status: Offline Posts: 6190 |
![]() ![]() ![]() Posted: 07-Jan-2008 at 1:19pm |
dari: http://pondoktampin.blogspot.com/search?q=zikir
Adab doa’ menurut Husnul Hisan-Al Shawkani , yg dinukil oleh Jam, ul Fawa id - Sheikh Daud al Fathoni. Dan yang disuruh jauhkan itu yg ditegah menjauhkan mazalim dan dikembalikan mazalim manusia seperti yg tersebut dahulu dan menjauhkan makan yg haram dan minum yang haram dan pakaian yg haram dan usaha nya demikian pula sebolehnya. ( Maka ) tiada dapat doa yg mustajab melainkan yg suci daripada segala perkara yg tersebut itu dalam doanya dan thadaru’nya .maka adalah perkara yang seperti rukunnya pada qobul minta doa, bahawa mendahulukan amal yg soleh.Dan menyebutkan dia pada ketika kepayahannya dan bersuci dan membersihkan dirinya pada zahirnya dan batinnya daripada segala sifat yang kecelaan dan mengambil air sembahyang dan berhadap keqiblat tatkala minta doa, dan sembahyang jikalau dua rakaat dan berdiri atas lututnya dan memula dengan memuji atas Allah dan pada kesudahannya dan selawat atas Nabi s.a.w demikian pula dan menghamparkan dua tapak tangan nya dan mengangatkan keduanya dan bahawa adalah angkatnya itu hingga berbetulan dengan bahunya dan membukakan kedua nya serta beradab dan khusyuk dan berpegang kepada Allah seperti khusyuk engkau yg zahirnya dan jangan menggangkatkan matanya kelangit didalam berdoa’ pada sembahyang nya dan bahawa meminta doa’ dengan asma ul Allah al husna, dan dengan sifatnya yg ul ya, dan menjauhkan dengan bersaja’ , dan jangan diberatikan dirinya atas yg demikian itu seperti diberatkan dengan berlagu-lagu dan baik suaranya .Dan hendaklah ia tawassul kepada Allah dengan Anbia nya dan orang yang solehin daripada hambanya .dan perlahankan suaranya dan mengaku dengan kesalahannya dan taqsirnya dan memilih akan doa’ yang sahih daripada Nabi s.a.w. maka bahawasanya tiada berkenhendak akan yg lainnya . dan memilih akan doa’ yang jawamiul kalim tammat. |
|
Saya hanyalah seorang tukang seru; berserulah kita kepada ALLAH, Tuhan yang menguasai Segala Apa yang di Langit dan di Bumi
|
|
![]() |
|
shahila
Ahli Zaman Free ![]() ![]() Ahli Baca 20/2/08 - 19/3/08 Joined: 28-Apr-2007 Location: Malaysia Online Status: Offline Posts: 274 |
![]() ![]() ![]() |
Salam,
abg_ramz,kakak2,abang2.......selamat tahun baru 2008!...ooo selalunya biasanya kalau dlm cerita kat tv terutama cerita indonesia tu selalu saya tengok bila org berdoa diangkat dua belah tangan atas dada & mata muka dongak ke atas......tapi saya tak ikut pun mcm tu kalau saya biasa berdoa mata muka tunduk ke bawah.....
|
|
![]() |
|
drifter
Emergency Kes ![]() ![]() Joined: 22-Dec-2006 Location: Malaysia Online Status: Offline Posts: 147 |
![]() ![]() ![]() |
aar le.... saya pun perasan camgitu gak!
depa memang lain skit kut... cam ambil wudhuk, kalo kita cukup sekadar membasahkan anak rambut di atas dahi je, sedangkan mereka sehingga keseluruhan kepala dari depan sampai belakang...... (bukan semua tapi sesetengah dari mereka yg telah saya perhatikan!)
![]() |
|
Simple Living High Thinking
![]() |
|
![]() |
|
![]() ![]() |
||
Forum Jump |
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot delete your posts in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot create polls in this forum You cannot vote in polls in this forum |