Active TopicsActive Topics  Display List of Forum MembersMemberlist  CalendarCalendar  Search The ForumSearch  HelpHelp
  RegisterRegister  LoginLogin
Perbincangan ilmu2 yang berasaskan jin
 Forum Rawatan SihirSeksyen Ahli Serious berYURAN (Malay Only)Perbincangan ilmu2 yang berasaskan jin
Message Icon Topic: Penyakit "mental" sebab tidak berguru ? Post Reply Post New Topic
Author Message
airy
Emergency Kes
Emergency Kes
Avatar
Satu lagi mamat kenal diri ?

Joined: 13-Dec-2007
Online Status: Offline
Posts: 0
Quote airy Replybullet Topic: Penyakit "mental" sebab tidak berguru ?
    Posted: 13-Dec-2007 at 9:09pm
Mereka2 yg abg ramz paparkan itu hendak membuka pintu kasyaf. tetapi malang mereka2 itu tidak mengenal diri sendiri, oleh itu dikhuatiri dan selalunya pun tenaga2 ghaib yg berada di dalam tubuh bayang2 yang berada di luar akan mengambil tempat. Perkara2 seperti ini perlu mendapat pengijazahan dan tunjuk ajar daripada seseorang yang mendalam ilmunya yang dapat membezakan diantara yang hak dan yang bathil. Apapun buatlah sesuatu yang bersifat bismillahirrahmanirrahim. Allahualam.
IP IP Logged
abg_ramz
Admin Group
Admin Group
Avatar
Perawat Darussalam

Joined: 20-Nov-2006
Location: Malaysia
Online Status: Offline
Posts: 6188
Quote abg_ramz Replybullet Posted: 13-Dec-2007 at 9:35pm
Originally posted by airy

Mereka2 yg abg ramz paparkan itu hendak membuka pintu kasyaf. tetapi malang mereka2 itu tidak mengenal diri sendiri, oleh itu dikhuatiri dan selalunya pun tenaga2 ghaib yg berada di dalam tubuh bayang2 yang berada di luar akan mengambil tempat. Perkara2 seperti ini perlu mendapat pengijazahan dan tunjuk ajar daripada seseorang yang mendalam ilmunya yang dapat membezakan diantara yang hak dan yang bathil. Apapun buatlah sesuatu yang bersifat bismillahirrahmanirrahim. Allahualam.
 
Akan meriah kita dengan satu kisah lagi "kenal diri" Big%20smile
 
 
Saya hanyalah seorang tukang seru; berserulah kita kepada ALLAH, Tuhan yang menguasai Segala Apa yang di Langit dan di Bumi
IP IP Logged
TåµjïhåT_åkåL
Emergency Kes
Emergency Kes
Avatar

Joined: 03-Aug-2007
Location: Mongolia
Online Status: Offline
Posts: 121
Quote TåµjïhåT_åkåL Replybullet Posted: 14-Dec-2007 at 1:05am
sama ke dengan gila "isim" ?
IP IP Logged
abg_ramz
Admin Group
Admin Group
Avatar
Perawat Darussalam

Joined: 20-Nov-2006
Location: Malaysia
Online Status: Offline
Posts: 6188
Quote abg_ramz Replybullet Posted: 14-Dec-2007 at 8:41am
Originally posted by TåµjïhåT_åkåL

sama ke dengan gila "isim" ?
 
Kalau "isim" dalam Arab ialah "NAMA" atau juga "Asma"
 
Setahu saya kalau orang zikir2 dengan Asma'ul Husna (Nama2 ALLAH yang Baik) tidak mungkin jadi gila "isim."
 
Yang jadi gila ialah orang yang mengambil ilmu2 sesat menggunakan jin2, dan tidak dapat mengawal jin2 tersebut. 
 
Oleh itu, penggunaan gelaran "gila isim" ialah satu salah faham ke atas pengamal zikir2 guna nama2 ALLAH.
 
 

Oleh DR. AMRAN KASIMIN

SOALAN: SAYA terlalu berkeinginan untuk belajar ilmu isim dengan seorang guru di pinggiran ibu kota tidak jauh dari tempat saya tinggal tetapi menjadi sangsi apabila membaca artikel ustaz dalam ruangan ini beberapa minggu lalu.

Soalan saya ialah bagaimana zikir-zikir boleh mengundang makhluk-makhluk halus meresap dalam tubuh manusia. Adakah semua perguruan ilmu isim itu sesat? Bagaimana hendak membezakan ilmu isim yang sesat dengan yang tidak sesat? Apakah ilmu-ilmu itu memberi kesan pada iman seseorang? - Azman Ahmad, Beranang.

JAWAPAN: Persoalan utama yang perlu difahami ialah tentang nama “ilmu isim” itu sendiri. Tidak ada satu definisi khusus yang dapat difahami oleh umum untuk dijadikan panduan ataupun kayu pengukur.

Apabila pemahaman mengenainya tidak jelas, ilmu yang dipelajari, amalan yang dilakukan, tatacara, kaedah, tujuan serta kebaikan ataupun keburukan juga tidak dapat dijangka.

Isim bererti nama. Isim-isim bererti mantera yang mengandungi nama Tuhan. Definisi atau pemahaman mengenai kalimah “isim-isim” seperti yang dijelaskan ini hakikatnya tidak banyak dimaklumi oleh orang Melayu Malaysia.

Perkataan “isim” selalunya digabungkan dengan “gila isim” yang difahami sebagai gila yang disebabkan menuntut (ilmu agama dan lain-lain).

Biarpun pemahaman seperti ini begitu meluas di kalangan masyarakat Melayu, namun ia begitu mengelirukan. Tidak jelas apa yang dimaksudkan dengan “menuntut.” Mungkin yang dimaksudkan dengannya ialah menuntut ilmu isim ataupun ilmu kebatinan itu sendiri.

Orang Melayu adakalanya memahami bahawa gila isim itu boleh berlaku akibat mempelajari ilmu agama di mana individu yang terlibat itu tidak berupaya menanggung ilmu yang dipelajari.

Yakinilah bahawa tidak terdapat bukti memperlihatkan wujudnya manusia yang mempelajari ilmu agama sama ada ilmu fikah, tauhid, falsafah, ilmu tafsir dan sebagainya, termasuk mereka yang menghafal al-Quran, menjadi gila atau sasau.

Walaupun demikian, tidak dinafikan wujudnya mereka yang mempelajari ilmu sesat, yang diselit-selitkan di dalamnya unsur-unsur pengaruh Islam, lalu mereka menjadi gila. Apabila kecelaruan itu berlaku, maka orang yang terlibat dikatakan sebagai gila kerana mempelajari agama.

Gila atau sasau yang berlaku itu lumrahnya terjadi akibat rasukan pada otak yang melibatkan makhluk-makhluk halus yang terdiri daripada iblis dan syaitan. Apabila makhluk ini mengganggu otak, maka ia akan melahirkan gejala-gejala yang memperlihatkan ketidaknormalan otak. Situasi seperti inilah yang dikenali sebagai “gila isim.”

Ilmu isim adalah sebahagian daripada ilmu kebatinan yang melibatkan sama ada ilmu mempertahankan diri ataupun ilmu perubatan. Ilmu kebatinan mempertahankan diri ini merangkumi ilmu kebal, ilmu persilatan dan sebagainya, manakala ilmu perubatan pula selalunya dikaitkan dengan amalan menurun, menilik dan lain-lainnya.

Termasuk dalam kategori ilmu kebatinan ialah amalan menggunakan susuk, tangkal azimat dan sebagainya.

Mereka yang mempelajari ilmu mempertahankan diri yang semata-mata bergantung kepada kekuatan fizikal, mempelajari langkah, bunga, kungfu, karate, gusti tidak termasuk dalam kategori mempelajari ilmu kebatinan.

Begitu juga dengan mereka yang melakukan amalan mengurut secara fizikal. Jelas apa yang dimaksudkan dengan “ilmu kebatinan” itu ialah amalan ataupun ilmu yang disokong oleh sesuatu yang “batin” ataupun tersembunyi, yang membantu perilaku yang dilakukan.

Termasuk dalam amalan kebatinan ialah kegiatan yang melibatkan teater tradisional yang selalunya melibatkan pelbagai upacara seperti upacara menyembah pentas, pantang larang dan lain-lain upacara yang mesti dipatuhi.

Dalam amalan kebatinan yang dipelajari dan diamalkan itu selalunya ia disertai dengan pelbagai unsur Islam seperti penggunaan perkataan bismillah, salam, nama-nama malaikat, nama-nama nabi, rasul, kalimah-kalimah tertentu, yang selalunya diakhiri dengan kalimah syahadah.

Dalam amalan kebatinan mempertahankan diri, nasihat-nasihat agama sering diselitkan. Murid-murid dinasihatkan supaya jangan meninggalkan sembahyang, jangan berzina, jangan menunjuk-nunjuk dengan ilmu yang dimiliki, jangan riak, perbanyakkan amalan sunat, bersedekah, berbaik sesama teman seperguruan dan sebagainya.

Biarpun terdapat unsur-unsur agama di dalamnya namun ia selalunya tidak melibatkan pembelajaran ilmu-ilmu tertentu secara khusus seperti ilmu fikah, tauhid, tajuid, tafsir, usul fikah dan sebagainya.

Ilmu kebatinan ini sering melibatkan tokoh-tokoh tertentu yang dipanggil sebagai pawang, bomoh, dukun, poyang, ustaz, kiai dan mahaguru. Tutur kata yang dilafazkan selalunya melibatkan apa yang disebut sebagai jampi, mantera, serapah dan doa.

Nama-nama yang dilibatkan dengan ilmu kebatinan ini dan juga lafaz-lafaz yang dituturkan tidak membuktikan bahawa amalan yang dilakukan itu semestinya diharuskan oleh syarak atau ditegah.

Andainya amalan dan lafaz yang dituturkan itu bertentangan dengan ajaran Islam, ia tetap ditegah biarpun ia dilakukan oleh seorang yang dipanggil kiai ataupun ustaz. Begitu juga dengan nama atau gelaran pawang ataupun bomoh yang diberi. Andainya amalan yang dilakukan tidak bertentangan, maka ia adalah diharuskan.

Lafaz-lafaz yang dituturkan yang terdiri daripada ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis, doa-doa al-ma’thurat ataupun doa biasa yang tidak menyalahi syarak harus digunakan.

Namun, penggunaan ayat yang diubah, yang diselewengkan sama ada dengan sengaja atau tidak adalah dilarang. Seseorang itu mungkin boleh tetap hidup biarpun berjam-jam ditanam dalam tanah, diselamkan dalam air, tidak lut oleh pisau, pada hal tabiat pisau tajam itu melukakan. Hal demikian diistilahkan sebagai mencarik adat.

Selain itu, natijah amalan tersebut tidak dapat difikiri oleh akal bagaimana ia boleh terjadi. Contohnya seseorang manusia boleh jatuh melayang, terpelanting, senjata yang dipegang terlepas tangan hanya dengan hembusan hidung.

Mata ditutup kain atau dipejamkan tetapi individu yang terlibat boleh tahu kandungan dalam poket seseorang, ataupun nombor kereta yang sedang bergerak di jalan raya.

Selain itu, amalan seperti ini juga melahirkan sesuatu yang bukan hakikat. Seperti orang yang dicucuk dengan pisau tajam yang menembusi leher, mengeluarkan darah berbau hanyir. Lebih kurang setengah jam kemudian, orang yang ditikam tadi bangun dan berjalan seperti sediakala.

Contoh-contoh di atas adalah di antara unsur-unsur yang terdapat dalam amalan ilmu kebatinan, yang merangkumi di dalamnya ilmu isim. Hakikat ilmu ini terlalu luas, wujud di kalangan semua masyarakat di seluruh dunia dan masih tetap dilakukan terutama di kalangan mereka yang masih terpengaruh oleh kepercayaan animisme dan bukan hanya berlaku di kalangan masyarakat Melayu. Walaupun demikian istilah “gila isim” wujud dalam masyarakat Melayu sahaja.

Merujuk kepada soalan saudara, zikir-zikir hakikatnya tidak mengundang makhluk-makhluk halus. Walaupun demikian ada kewujudan pelbagai unsur-unsur Islam dalam jampi mantera, termasuk zikir yang mengandungi kalimah yang memuja nama-nama jin, berhala ataupun sembahan bukan Islam, atau kalimah yang menyebabkan syirik, seperti berlindung selain daripada Allah.

Penggunaaan ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis, doa-doa al-ma’thurat ataupun doa biasa diharuskan, namun andainya ia disertai dengan pemujaan terhadap iblis dan syaitan, orang yang berbuat demikian adalah terlibat dengan amalan sihir. Amalan tersebut tetap dilarang. Sihir tidak berlaku tanpa penglibatan iblis dan syaitan. Ia termasuk dalam golongan dosa-dosa besar.

Istilah “ilmu isim” begitu kabur dan luas, oleh itu tidak mudah untuk dijelaskan ketentuan keharusan ataupun tegahannya, kecuali ia dirujuk pada kes-kes tertentu, berdasarkan kepada ciri-ciri yang dijelaskan.

Memanglah amalan kebatinan atau ilmu isim itu boleh menjejaskan iman. Andainya ia sesat yang melibatkan amalan menyekutukan Allah, ia boleh menyebabkan seseorang itu syirik.

Ia akan menjadi satu dosa yang tidak diampuni Allah. Namun demikian andainya ilmu itu tidak bertentangan dengan ajaran Islam tidak mustahil ia boleh memperkuatkan iman atau memperbaiki iman. Semuanya bergantung kepada hakikat atau kebatilan ilmu yang diistilahkan sebagai “ilmu isim” tadi.

 
Saya hanyalah seorang tukang seru; berserulah kita kepada ALLAH, Tuhan yang menguasai Segala Apa yang di Langit dan di Bumi
IP IP Logged
bukhara
Emergency Kes
Emergency Kes


Joined: 05-Jul-2007
Location: Malaysia
Online Status: Offline
Posts: 50
Quote bukhara Replybullet Posted: 14-Dec-2007 at 8:50am
Yang difahamkan....gila isim atau penyakit mental akibat mempelajari ilmu2 kerohanian (khususnya yg muktabar) adalah akibat gangguan benda2 yg menumpang pada pelajar tersebut.  Maka perkara itu perlu dibersihkan untuk menghindari masalah tersebut.

Salah satu punca lagi mungkin disebabkan salah adab dan tidak tahu menjaga amanah2 dan rahsia yang diperolehi melalui warid2 yg dikurniakan Allah SWT (buka rahsia tanpa izin).  Maka Allah "tutup"kan suis org tersebut sebagai kifarah demi menjaga kemurnian pentadbiranNya.  Oleh sebab inilah maka ramai para Ariffin lebih banyak berdiam diri daripada memukul "gendang" tak tentu pasal. Malah dapatan itu lebih ditakuti sebagai hijab yang menghalangnya daripada wusul ilallah (sampai kpd Allah SWT).

Wallahualam.
IP IP Logged
abg_ramz
Admin Group
Admin Group
Avatar
Perawat Darussalam

Joined: 20-Nov-2006
Location: Malaysia
Online Status: Offline
Posts: 6188
Quote abg_ramz Replybullet Posted: 14-Dec-2007 at 9:51am
Originally posted by bukhara

Yang difahamkan....gila isim atau penyakit mental akibat mempelajari ilmu2 kerohanian (khususnya yg muktabar) adalah akibat gangguan benda2 yg menumpang pada pelajar tersebut.  Maka perkara itu perlu dibersihkan untuk menghindari masalah tersebut.

 
Ada betulnya. Kemungkinan benda2 menumpang (yang terikat) di badan pesakit bertindakbalas kerana tidak tahan azab/panas apabila pesakit zikir ulang2 nama2 ALLAH.
 
Dalam kes pesakit pernah TERambik ilmu2 tidak baik, sebaiknya, di BERSIHKAN DAHULU pesakit dengan:
 
1) mandi air Yasin masjid dengan 7 biji limau purut selama 7 asar berturut2
 
2) lakukan amalan baca ayat2 berikut (SETIAP HARI) sehingga rasa tenang (tidak sendawa , mual, loya etc)
  • zikir LA ILAA HA ILLLALLAH 1000x
  • Isra 81 21x
  • Isra 49-50 21x
  • Al-Mukminun 117-118 21x
  • Lau Anzalna 21x
  • Surah Al-Kafirun 21x
3) Lakukan Qiyammulail selama 7 malam berturut2.
 
insyALLAH
 
 


Edited by abg_ramz - 14-Dec-2007 at 9:52am
Saya hanyalah seorang tukang seru; berserulah kita kepada ALLAH, Tuhan yang menguasai Segala Apa yang di Langit dan di Bumi
IP IP Logged
iqraq72
Emergency Kes
Emergency Kes
Avatar

Joined: 10-Dec-2007
Location: Malaysia
Online Status: Offline
Posts: 0
Quote iqraq72 Replybullet Posted: 14-Dec-2007 at 10:49am
mcm ni ke gila isim tuh ??
 
IP IP Logged
abg_ramz
Admin Group
Admin Group
Avatar
Perawat Darussalam

Joined: 20-Nov-2006
Location: Malaysia
Online Status: Offline
Posts: 6188
Quote abg_ramz Replybullet Posted: 28-Apr-2008 at 7:46am
Originally posted by iqraq72

mcm ni ke gila isim tuh ??
 
 
Assalamu'alaikom,
 
Lepas tengok YouTube video ni, rupanya macam ada ahli tarikat yang tengah kena sampuk ! Ni mana punya tarikat ni?, macam konsert untuk lelaki sahaja pulak, cuma ahli2 pakai serban dan baju Pakistan.
 
Sepatutnya semakin tinggi amalan, semakin sedih kerana tersedar banyaknya dosa dan banyaknya masa terbuang dengan urusan2 kurang penting....
 
Agaknya beginilah dunia akhir zaman...... Confused
Saya hanyalah seorang tukang seru; berserulah kita kepada ALLAH, Tuhan yang menguasai Segala Apa yang di Langit dan di Bumi
IP IP Logged
Post Reply Post New Topic
Printable version Printable version

Forum Jump
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot create polls in this forum
You cannot vote in polls in this forum

Bulletin Board Software by Web Wiz Forums version 8.05
Copyright ©2001-2006 Web Wiz Guide

This page was generated in 0.047 seconds.