Active TopicsActive Topics  Display List of Forum MembersMemberlist  CalendarCalendar  Search The ForumSearch  HelpHelp
  RegisterRegister  LoginLogin
Panduan Doa Makbul
 Forum Rawatan SihirSeksyen Ahli Serious berYURAN (Malay Only)Panduan Doa Makbul
Message Icon Topic: Cara untuk merosakkan doa rawatan kita Post Reply Post New Topic
Page  of 5 Next >>
Author Message
abg_ramz
Admin Group
Admin Group
Avatar
Perawat Darussalam

Joined: 20-Nov-2006
Location: Malaysia
Online Status: Offline
Posts: 6188
Quote abg_ramz Replybullet Topic: Cara untuk merosakkan doa rawatan kita
    Posted: 30-Dec-2006 at 10:20am
Assalamu'alaikom,
 
Terpanggil saya membuka topik ini sekali lagi, kerana di dapati dalam pesakit sihir bersedih kerana teraniaya, sempat juga mereka membuat telekan dari tukang scan/telek.
 
Ada 2 keadaan berlaku:
 
Riwayat Muslim:
 
Telek A - Hilang amal 40 hari
 
Sesiapa mendatang tukang tenung (Al-Arraf, nak tengok barang curi, orang hilang mana) dan mempercayai sesuatu daripadanya maka tidak diterima sembahyangnya selama 40 hari.
 
 
Riwayat Abu Daud:
 
Telek B - Jadi kafir (keluar Islam)
 
Sesiapa mendatang tukang tenung (Kahin, nak tengok masa akan datang) dan mempercayai sesuatu daripadanya sesungguhnya ia telah kafir tentang apa yang diturunkan kepada Nabi Mohammad saw
 
 
Saya berpesan kepada diri saya dan pembaca semua, elaklah dari tukang scan/telek kerana risiko terlalu tinggi untuk mendapat sedikit maklumat mengenai keadaan kita. Saya syor kita amal ayat2 Quran saja dan jin2 sihir akan datang menunjukkan keadaan sihir, insyALLAH
 
Tukang scan/telek scan BERmacam rupa pakaian mereka. WinkYang biasa2 tu pakai kemenyan, sekarang ni tak sebab rumah dah ada aircon, dan ada pakai kopiah dan juga handphone Big%20smile
 
Sekiranya amal kita tidak diterima selama 40 hari, maka macamana kita nak doa untuk dilindungi ALLAH swt dari musuh yang menyihir kita?
 
 
 
-----------------------------------------------------------------
 
Ada 1 kes terjadi di mana seorang perempuan telah daftar bernikah dengan seseorang lelaki dan merancang kawin tahun 2006 ni. Pesakit setelah dirawat menerima mimpi firasat berikut:
 
 
F1) Dia dalam pakaian pengantin duduk seorang di pelamin yang ada dua kerusi.
 
 
Maksud firasatnya baik, tanda pernikahan adalah hampir. Tongue
 
Bagaimanapun perempuan tersebut telah meminta solat hajat dari saya. tetapi saya tak pasti kos solat sebut. Baru sekarang saya tahu yuran Solat Hajat Darussalam adalah sekitar RM400 untuk 10 orang jemaah
 
Pompuan itu telah pergi berjumpa seorang perawat di Utara Malaysia. Pada waktu kereta dia di hadapan rumah perawat tersebut (belum masuk jumpa), saya mendapat firasat:
 
 
F2) pengantin lelaki sedang melangkah masuk melepasi bendul rumah
 
 
Mula2 saya taksirkan perawat tersebut power. Sebab baru masuk perkarangan rumah, saya pun dapat firasat !
 
Malangnya perawat tersebut sebelum buat solat hajat, dia buat telek renung masa depan dengan gunakan kira2 nama pengantin lelaki dan perempuan seperti yang ada dalam setengah2 buku Kitab Hikmah Melayu. 
 
Jadi habislah amal dia dan amal pompuan tersebut
 
Setelah berapa lama, pompuan tersebut bermimpi:
 
 
F3) Lelaki tu datang kepadanya dalam rupa sedih dan membawa bunga yang tiada daun
 
 
Taksir ini agak negatif, dan saya taksir perlu lama lagi baru ada peluang untuk mereka bernikah.Cry
 
Saya berharap taksir saya salah, walaupun saya ada pesan pada perempuan tersebut amalan kira2 nama adalah merenong masa depan dan jatuh dalam Telek B.
 
Hati-hatilah bila kita berjumpa dengan perawat2 yang kuat scan ni.
 
 
Sebab kalau amal kita dah tidak diterima, maka adakah kita
  1. nak harap pulak pada khadam jin membantu ?
  2. Atau kita perlu minta saudara mara kita pulak tolong doakan ?
 
 
ALLAH LEBIH Mengetahui
 
 
 
 
semoga memberi panduan.....
 
 


Edited by abg_ramz - 08-Jan-2007 at 9:58am
Saya hanyalah seorang tukang seru; berserulah kita kepada ALLAH, Tuhan yang menguasai Segala Apa yang di Langit dan di Bumi
IP IP Logged
alif_lam_ra
Emergency Kes
Emergency Kes


Joined: 15-Dec-2006
Online Status: Offline
Posts: 123
Quote alif_lam_ra Replybullet Posted: 04-Jan-2007 at 11:28am

Amat rugi la kita yang telah melakukan telek menelek, doa tidak di terima, amalan ditolak, mudah2an dosa kita diampunkan oleh Allah.

IP IP Logged
rozaimy
Emergency Kes
Emergency Kes

Suspended jugak

Joined: 04-Dec-2006
Location: Malaysia
Online Status: Offline
Posts: 76
Quote rozaimy Replybullet Posted: 04-Jan-2007 at 12:19pm

jgn risau, Allah  Maha Pengampun. Kita aje yg selalu lupa minta ampun kat DIA.

-ceria selalu-
www.komputer.com.my
IP IP Logged
ketualanun
Emergency Kes
Emergency Kes
Avatar
Lanun pakai Sarban ?

Joined: 27-Dec-2006
Online Status: Offline
Posts: 35
Quote ketualanun Replybullet Posted: 04-Jan-2007 at 12:58pm
mmg Allah S.W.T tu Maha Pengampun. Tapi kalau kesalahan yang sama di ulang ulang dengan kesedaran dan akal yang waras. apa nak jadi nanti.

ada sesiapa boleh bagi penjelasan tak maksud:
1. scan
2. telek
3. perkhabaran
4. firasat
5. maksud mimpi.

IP IP Logged
abg_ramz
Admin Group
Admin Group
Avatar
Perawat Darussalam

Joined: 20-Nov-2006
Location: Malaysia
Online Status: Offline
Posts: 6188
Quote abg_ramz Replybullet Posted: 04-Jan-2007 at 1:13pm
Originally posted by ketualanun

mmg Allah S.W.T tu Maha Pengampun. Tapi kalau kesalahan yang sama di ulang ulang dengan kesedaran dan akal yang waras. apa nak jadi nanti.

 
mengikut satu hadis mengenai akhir zaman:
 
 
 
Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW
berpesan "Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak".
 
Sahabat bertanya "Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?"

"Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik."

 

 


semoga memberi pencerahan
 
 


Edited by abg_ramz - 04-Jan-2007 at 1:13pm
Saya hanyalah seorang tukang seru; berserulah kita kepada ALLAH, Tuhan yang menguasai Segala Apa yang di Langit dan di Bumi
IP IP Logged
rozaimy
Emergency Kes
Emergency Kes

Suspended jugak

Joined: 04-Dec-2006
Location: Malaysia
Online Status: Offline
Posts: 76
Quote rozaimy Replybullet Posted: 04-Jan-2007 at 1:38pm
Originally posted by ketualanun

mmg Allah S.W.T tu Maha Pengampun. Tapi kalau kesalahan yang sama di ulang ulang dengan kesedaran dan akal yang waras. apa nak jadi nanti.


itu sendiri cari pasal le. Orang banjar kata  "bodoh, bungul, tambok, kuling, lucak, landoi"
-ceria selalu-
www.komputer.com.my
IP IP Logged
rozaimy
Emergency Kes
Emergency Kes

Suspended jugak

Joined: 04-Dec-2006
Location: Malaysia
Online Status: Offline
Posts: 76
Quote rozaimy Replybullet Posted: 04-Jan-2007 at 2:16pm
Originally posted by ketualanun

mmg Allah S.W.T tu Maha Pengampun. Tapi kalau kesalahan yang sama di ulang ulang dengan kesedaran dan akal yang waras. apa nak jadi nanti.

ada sesiapa boleh bagi penjelasan tak maksud:
1. scan
2. telek
3. perkhabaran
4. firasat
5. maksud mimpi.

 
aku nak jawap pasal scan ajele.
 
yg aku tahu scan ni ada dua jenis aje. Mungkin banyak teknik scan.
 
1) Scan guna gerak rasa (ini perawat CVT macam aku guna le)
2) Scan (nama aku tak tahu le) - ini jenis yg nampak dari jauh
 
 
So aku ulas yg 1) aje. Pasal tu yg aku guna.
 
Teori: Setiap benda ada tenaga, dan tenaga tidak boleh dimusnahkan tetapi boleh berubah bentuk.
 
scan yg dibenarkan, scan masa lalu (sebab benda dah berlaku) - ini saintis yahudi dah lama buat, tetapi depa tak guna scan gerak rasa, depa guna scan saintifik iaitu dgn membaca DNA, mereka boleh tahu penyakit dahulu dgn tepat.
 
scan semasa (ini juga dikita scan masa lalu)
 
scan yg tidak dibenarkan adalah scan masa hadapan, walaupun DNA kita telah tertulis apa yg akan berlaku masa hadapan, cuma waktu atau ketetapan itu tidak boleh pasti. Ini kerana apa yg berlaku bergantung kepada cara kita makan, doa dan faktor lain. Ini dah kira ahli nujum.
 
Mengenai scan kehadiran jin dlm tubuh atau luar tubuh boleh dilakukan kerana jin itu sendiri bersifat jisim yg mempunyai tenaga (aura). Apabila kita melakukan scan, tenaga kita akan bergerak menuju patient,  dari situ kita boleh mengetahui kelemahan organ, punca penyakit, gangguan dan sebagainya. Kalau dilihat, peralatan moden juga menggunakan teknik yg sama (iaitu mengunakan gelombang utk mendapatkan hasil ujian).
 
Peralatan moden menggunakan gelombang yg dihasilkan oleh mesin/jentera. Manakala perawat CVT menggunakan banyak tenaga/gelombang dari otak mereka. Itu sebab kalau selalu sangat scan boleh pening kepala ooo.
 
 
Orang yg mengatakan scan tu haram sebab salah faham. Kenapa saya kata begitu? Apabila kita tidak mempunyai ILMU, kita sering kali akan mengatakan sesuatu khurafat. Tetapi apabila kita sudah ada ILMU, kita akan tahu kenapa sesuatu tu dilakukan begitu dan begini.
 
contoh:
kita melarang anak bermain apabila dekat waktu senja. sebab takut kena sampuk dek jin --> bagi yg x percaya, dia akan kata semua tu khurafat.
 
tetapi bila dikaji dari sudut sains, waktu dekat maghrib tu, frekuensi terlalu tinggi, ia akan menganggu gelombang otak anak-anak. --> kalau ini diberitahu pada org tadi, depa x kata khurafat. Pasal sains telah membuktikannya.
 
dari sudut perubatan Islam pulak, waktu lepas asar adalah waktu jin-jin ni bangun dari tidur. So depa ni tengah segar gilo.
 
Kalau kita rajin membaca buku mengenai sains dan teknologi, kita akan dapati banyak benda yg org tua kita buat dulu yg kita ingat khurafat, tetapi bila dikaji semula dgn kaedah saintifik sebenarnya apa yg org tua kita buat tu tidak le khurafat.  Biasa le kita ni suka menghukum sesuatu perkara khurafat kalau kita tidak nampak hubung kait sesuatu perkara.
 
Itu pasal, aku suka sangat guna petua. Pesan guru aku, alang-alang kalah jampi oleh petua. Contoh petua yg selalu kita buat dlm kes sihir adalah rendam atau rencis cuka kat barang sihir. Kalau fikir cara logik apa kena mengena cuka dgn barang sihir tu.
 
 
 
 
 
-ceria selalu-
www.komputer.com.my
IP IP Logged
ketualanun
Emergency Kes
Emergency Kes
Avatar
Lanun pakai Sarban ?

Joined: 27-Dec-2006
Online Status: Offline
Posts: 35
Quote ketualanun Replybullet Posted: 04-Jan-2007 at 2:18pm
tak ada siapa nak bantu ke yang ni?

boleh ke semua ni di guna pakai?


Originally posted by ketualanun



ada sesiapa boleh bagi penjelasan tak maksud:
1. scan
2. telek
3. perkhabaran
4. firasat
5. maksud mimpi.

IP IP Logged
rozaimy
Emergency Kes
Emergency Kes

Suspended jugak

Joined: 04-Dec-2006
Location: Malaysia
Online Status: Offline
Posts: 76
Quote rozaimy Replybullet Posted: 04-Jan-2007 at 2:21pm
KL, aku dah jawap pasal scan, pasal yg lain tu aku tak tahu. bab boleh digunakan itu aku tak berani nak jawap le. Sebab aku bukan pakar dlm bidang tu semua
-ceria selalu-
www.komputer.com.my
IP IP Logged
ketualanun
Emergency Kes
Emergency Kes
Avatar
Lanun pakai Sarban ?

Joined: 27-Dec-2006
Online Status: Offline
Posts: 35
Quote ketualanun Replybullet Posted: 04-Jan-2007 at 2:27pm
sebenarnya.. aku pun tak tahu. tu sebab aku tanya. agak2 scan ni sama tak dengan telek?
IP IP Logged
Page  of 5 Next >>
Post Reply Post New Topic
Printable version Printable version

Forum Jump
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot create polls in this forum
You cannot vote in polls in this forum

Bulletin Board Software by Web Wiz Forums version 8.05
Copyright ©2001-2006 Web Wiz Guide

This page was generated in 0.031 seconds.