![]() |
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
![]() ![]() |
Panduan Doa Makbul | |
![]() |
![]() |
![]() ![]() |
Author | Message |
abg_ramz
Admin Group ![]() ![]() Perawat Darussalam Joined: 20-Nov-2006 Location: Malaysia Online Status: Offline Posts: 6190 |
![]() ![]() ![]() Posted: 04-Sep-2007 at 10:30am |
Dalam satu riwayat disampaikan Ibn Mardawaihi daripada Ibn Abbas bahawa seorang sahabat Rasulullah, Saad Ibn Abu Waqqas memohon Baginda memohon kepada Allah supaya apa saja doa disampaikannya kepada Tuhan, supaya dikabulkan.
Rasulullah bersabda yang maksudnya: “Wahai Saad! Perbaikilah makanan engkau, nescaya engkau akan dijadikan Allah seorang yang makbul doanya. Demi Tuhan, yang jiwa Muhammad ada dalam tangannya, sesungguhnya seorang lelaki yang melemparkan suatu suapan yang haram ke dalam perutnya, tidaklah akan diterima amalnya selama empat puluh hari. Barang siapa di antara hamba Allah yang tumbuh dagingnya dari harta yang haram dan riba, maka api lebih baik baginya.” Hadis ini sudah tentu menggerunkan hati kita menjauhi makanan haram dan makanan daripada sumber haram. Seandainya ingin doa dimakbul Allah, maka kita perlu menjaga makanan yang disuap ke mulut kita.
Edited by abg_ramz - 04-Sep-2007 at 11:17am |
|
Saya hanyalah seorang tukang seru; berserulah kita kepada ALLAH, Tuhan yang menguasai Segala Apa yang di Langit dan di Bumi
|
|
![]() |
|
hikmahurut
Emergency Kes ![]() ![]() Ahli Forum 21/7/07 - 20/8/07 Joined: 15-Jun-2007 Location: Malaysia Online Status: Offline Posts: 148 |
![]() ![]() ![]() |
Selain memakan makanan yg halal,perlu solat 5 waktu dan jaga kelakuan kita dari melakukan sebarang dosa.Doa akan terhalang oleh dosa2 yg kita lakukan............Kena istighfar byk2 lepas solat spt 33x/99x ker....Pastu barulah berdoa......... |
|
terapialquran.com
|
|
![]() |
|
spine
Emergency Kes ![]() ![]() Joined: 27-Nov-2006 Location: Malaysia Online Status: Offline Posts: 20 |
![]() ![]() ![]() |
assalamu'alaikum wbt
Sahih Muslim Jld. 2 (no. 971) Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Wahai manusia! Sesungguhnya Allah itu baik (InnaLLaha Toyyibun). Dia tidak menerima sesuatu melainkan yang baik pula. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada orang-orang mukmin seperti yang diperintahkannya kepada para Rasul. Firmannya: "Wahai, para Rasul! Makanlah makanan yang baik-baik (halal) dan kerjakanlah amal soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Al-Mukminun: 51)." Dan Firman-Nya lagi: "Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah rezeki yang baik-baik yang telah kami rezekikan kepadamu ... (Al-Baqarah: 172)." Kemudian Nabi saw. menceritakan tentang seorang lelaki yang telah lama berjalan kerana jauhnya perjalanan yang ditempuhinya. Sehingga rambutnya kusut masai dan berdebu. Orang itu menadahkan tangannya ke langit seraya mendoa: "Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! (Ya Robbi! Ya Robbi!). Padahal, makanannya dari barang yang haram, pakaiannya dari yang haram, dan dia diasuh dengan makanan yang haram, maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan doanya?" ------------------------- Dari itu, sama-samalah kita menghisab, mengira-ngira dan mematematikkan diri kita tentang apa yang kita makan, pakai, guna dll semoga jauh dari segala yang berunsur haram dan syubhah. Allahumma Wahai Allah Yaa Ghoniyyu Yaa Hamiid Wahai Yang Maha Kaya, Wahai Yang Maha Terpuji Yaa Mubdi-u Yaa Mu'iid Wahai Yang Maha Pencipta, Wahai Yang Maha Mengembalikan, Yaa Rohiimu Yaa Waduud Wahai Yang Maha Pengasih, Wahai Yang Maha Penyayang Ya Fa'aalullima yuriid Wahai Yang Maha Berkuasa berbuat apa yang dikehendaki-Nya aghnina biHalaalika 'an Haroomika Kayakan kami dengan apa-apa yang Engkau halalkan dari yang Engkau haramkan biToo'atika 'an-ma'Siatika dengan menta'ati-Mu dan menjauhi maksiat wa bifaDhlika 'amman-siwaak dan dengan kelebihan atau kurniaan-Mu sahaja, tidak dari yang lain. |
|
![]() |
|
abg_ramz
Admin Group ![]() ![]() Perawat Darussalam Joined: 20-Nov-2006 Location: Malaysia Online Status: Offline Posts: 6190 |
![]() ![]() ![]() |
Assalamu'alaikom,
Seingat saya pada satu pagi minggu lepas, dalam TV tempatan, ada satu penerangan menarik mengenai kesan makanan pada amalan kita. Yang menerangkan seingat saya Mufti Negeri. Tapi dia tak sebut pulak kitab mana....
Anyway, kisahnya pada satu hari Imam Ghazali (masa tu dia anak murid) menghadapi masalah dalam mengingati satu pelajaran. Walhal ulama-ulama macam dia ni photographic memory. Sekali tengok terus ingat.
Kalau Imam Shafiee, bila nak concentrate, terpaksa tutup buku sebelah, sebab nak concentrate pada satu mukasurat sahaja. Jenis ulama-ulama yang waraq ini, sekali tengok dah hafal. Sebab hati mereka bersih suci.
Dan mereka tak perlu nak rujuk apa amalan2 Yahudi untuk jadi pelajar cemerlang. Macam orang kita sekarang, rata blog Yahudi dia baca. Walhal orang Yahudi ni penipu dan penindas khususnya di Gaza. Ada ke kita boleh terima kenyataan dari penipu-penipu, dan yang pencatit pula bukan Islam ? Dari segi methodologi akademik pun dah salah, sebab evidence dari 1-2 sumber, dan tidak menyeluruh.
Sambung balik, maka
Tokguru pada Imam Ghazali pun tanya - apa yang kau makan pagi tadi ?
Imam Ghazali menjawab - Daging kambing
Guru dia bertanya lagi - Halal ke ?
Maka Imam Ghazali pun balik rumah dan bertanya ibu-nya - Mak, daging kambing yang emak masak tu halal ke ?
Mak dia menjawab - Halal, kambing tu aku beli di pasar
Maka Imam Ghazali pun pergi ke pasar mencari penjual kambing - Wahai penjual kambing, halal kah kambing yang kau jual pada emak aku ?
Penjual kambing itu menjawab - Halal, kambing itu aku beli dari si penternak
Maka Imam Ghazali pun pergi ke rumah penternak yang menjual kambing pada penjual di pasar. Dia mendapati di kambing-kambing berada di sekitar rumah penternak. Kambing-kambing tersebut memakan pokok tanaman jiran-jiran-nya.
Maka fahamlah Imam Ghazali - Kambing tersebut makan harta bukan kepunyaan si peternak kambing. Walaupun yang makan daging kambing itu tidak tahu menahu, masih memberi kesan kepada hati sesiapa yang memakan kambing tersebut.
Dan Mufti tu mengulas - Tu belum lagi orang yang makan duit yang jelas haram seperti rasuah, toto 3d 4d dan sebagainya.
Maka bagaimanakah anak-anak mereka yang turut serta makan nafkah haram seperti itu. Kalau Imam Ghazali yang photographic memory pun terganggu minda-nya, apatah lagi anak-anak kepada peminta rasuah tersebut.....
Semoga bermanfaat, sekian wassalam
|
|
Saya hanyalah seorang tukang seru; berserulah kita kepada ALLAH, Tuhan yang menguasai Segala Apa yang di Langit dan di Bumi
|
|
![]() |
|
|
![]() ![]() |
||
Forum Jump |
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot delete your posts in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot create polls in this forum You cannot vote in polls in this forum |